Khamis, 10 Mei 2018

Clubland 2018


              Pada 26 dan 27 Mac 2018 Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 telah menganjurkan aktiviti Clubland 2018 (open day) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEP Dr.Ahmad Nizan Bin Mat Noor. Malam Clubland adalah aktiviti wajib bagi setiap sem, antara aktiviti menarik yang diadakan adalah, tarikan kelab-kelab dalaman UiTM, Persembahan menarik dari seni mempertahankan diri dan band, jualan-jualan dari kelab persatuan dan pelbagai permainan menarik disediakan serta pendaftaran ahli baru bagi kelab dan persatuan.

              Majlis Perwakilan Komander Kesatria telah mengambil untuk menyertai malam Clubland . Booth komander mempamerkan set lengkap pakaian seragam komander seperti pangkat, beret, Armbadge, tongkat penyukat dan tongkat kent. Booth komander juga mempamerkan carta organisasi, video aktiviti dan beberapa model untuk memperagakan pakaian komander  seperti pakaian All Black, Full Uniform Komander, Baju Polo , Pakaian PO (planters order), pakaian baju melayu komander , dan baju kurung batik. Sepanjang malam Clubland  komander mengedarkan brochure dan meminta pelajar untuk memberi nama dan tandatangan sebagai sokongan kepada komander. Booth Komander Kesatria telah mendapat anugerah booth paling kreatif bagi aktiviti malam clubland pada semester ini.

Rumusan/Huraian Aktiviti :


              Malam Clubland adalah malam bagi memperkenalkan semua kelan dan juga persatuan yang ada didalam UiTM Perlis. Tanpa adanya aktiviti clubland ini pelajar tidak akan mengetahui kewujudan persatuan dan juga kelab yang ada. Dengan adanya Clubland pelajar lebih mengenali Komander Kesatria dan pelajar mendapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai aktiviti besar komander bagi setiap sem seperti aktiviti Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) dan juga Jambori








Isnin, 7 Mei 2018

Family Day Komander Kesatria 2018


                Pada 18 Mac 2018 (Ahad)  telah berlangsung aktiviti family day di padang Beringin yang telah disertai oleh 78 orang Komander Kesatria UiTM Perlis bagi diploma dan ijazah sarjana muda dan dibahagikan kepada 4 kompeni, Alpha, Bravo, Charlie, dan Delta. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 6.45 pagi dengan berkumpul di master parade dengan berpakaian mengikut warna kompeni masing- masing di kolej masing – masing, bagi siswi di kolej Kesinai 4 manakala siswa di kolej Beringin.
Kompeni Bravo
Kompeni Delta
Kompeni Alpha
Kompeni Charlie

              Kemudian, para komander di minta untuk bergerak ke Pusat Islam untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat, komander di minta berbaris di hadapan Pusat Islam untuk melakukan sedikit warming up dan di teruskan lagi dengan larian bermula dari Pusat Islam dan berakhir di kawasan aktiviti iaitu di padang Beringin. Selesainya larian tadi komander di minta untuk berbaris bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Komander Kesatria.

             Kemudian, aktiviti diteruskan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Mohamad Ridzuan dari batch 53.  Kemudian, aktiviti di teruskan lagi dengan pengenalan kompeni. Setiap kompeni di minta untuk membentangkan bendera, moto, dan juga cheers kompeni. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara Road To Heaven iaitu para komander perlu mengikat sebelah kaki bersama pasangan masing – masing dan berlari sambil membawa bola pingpong menggunakan sudu. Seterusnya, bagi aktiviti lari dalam guni, komander perlu memakai guni dan berlari berganti – ganti sesama ahli kumpulan. Kemudian acara isi air dalam botol komander dikehendaki memenuh kan botol dengan menggunakan kreativiti masing – masing dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, acara teka gaya komander perlu berlari ke checkpoint dan perlu mencari kertas di dalam timbunan tepung tanpa menggunakan tangan. Aktiviti seterusnya buai belon dimana komander perlu membaling belon kepada ahli yang lain dan ahli tersebut perlu menangkap mnggunakan kain batik. Aktivti diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah, tempat pertama disandang oleh kompeni Bravo, tempat kedua kompeni Delta , tempat ketiga kompeni alpha dan tempat ke empat disandang oleh kompeni Charlie. Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar.
Leftenan Muda  yang turut hadir



Khamis, 22 Februari 2018

Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM SeMALAYSIA Siri 13/2018


Latihan Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) Siri 13/2018 ini berlangsung selama 5 hari bertempat di kampus UiTM Seri Iskandar, Perak daripada 12/2/2018 sehingga 17/2/2018. Perjalanan ke UiTM Seri Iskandar adalah pada 12/2/2018 tepat jam 10 pagi.  Penempatan bagi siswa adalah di Kolej Pasir Salak dan siswi di Kolej Indera Sakti.
Sebelum bertolak ke UiTM Seri Iskandar


Pelbagai aktiviti yang diadakan di UiTM Seri Iskandar antaranya adalah Pertandingan Kawad Kaki yang berlangsung pada 14/2/2018 dan Ceramah dan Pameran Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Pemeriksaan Pakaian sebelum pertandingan bermula

Seterusnya, adalah agenda utama sepanjang berada di UiTM Seri Iskandar ini adalah Perbarisan dan Istiadat Penyerahan Watikah Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018.
Selepas Penyerahan Watikah 

Selepas Penyerahan Watikah
Dan yang terakhir sekali adalah Majlis Makan Malam Pentauliahan bagi meraikan komander-komander yang telah ditauliahkan.
Majlis Makan Malam Pentauliahan
Tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada Kapt. (K) Mohamad Najib Bin Ahmad Redzwan, Lt. (K) Azrin Bin Ahmad dan Lt. (K) Ahmad Ashroff Bin Zakaria yang terus memberi sokongan sepanjang Program ini berlangsung. Tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada KRK Nur Izni Amalin Binti Iskandar Kamal sebagai LO kepada UiTM Perlis di atas bantuan yang dihulurkan sepanjang berada di UiTM Seri Iskandar. Dan yang terakhir Tahniah diucapkan untuk semua komander yang telah ditauliahkan.

Rabu, 24 Januari 2018

Dinner Komander

Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Komander

Selesai sudah Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Komander yang bertemakan Garden of Fairytale yang diadakan di Dewan Seri Semarak pada 10/12/2017. Terima kasih diucapkan kepada semua komander yang terlibat secara langsung atau pun tidak secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Gambar diatas terdiri daripada batch-batch yang tinggal di UiTM Perlis iaitu batch 48, 49, 50, 51 & 52. 

Kem Bina Negara 4 & 5

Kem Bina Negara 4 & 5
Kem pemantapan ini diadakan sekitar UiTM Perlis. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 3 hari iaitu dari 1/12/2017 sehingga 3/12/2017. Antara aktiviti  Commander Race, War Game, Malam Perbahasan, Tunnel Activity, Bonding Game dan persembahan berkumpulan. 

Aktiviti- aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif tersendiri iaitu dalam menguji semangat berpasukan, kekuatan mental dan fizikal setiap individu. Dan daripada aktiviti- aktiviti ini juga, semua komander memberikan kerjasama yang baik antara ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai batch.