Khamis, 10 Mei 2018

Clubland 2018


              Pada 26 dan 27 Mac 2018 Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 telah menganjurkan aktiviti Clubland 2018 (open day) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEP Dr.Ahmad Nizan Bin Mat Noor. Malam Clubland adalah aktiviti wajib bagi setiap sem, antara aktiviti menarik yang diadakan adalah, tarikan kelab-kelab dalaman UiTM, Persembahan menarik dari seni mempertahankan diri dan band, jualan-jualan dari kelab persatuan dan pelbagai permainan menarik disediakan serta pendaftaran ahli baru bagi kelab dan persatuan.

              Majlis Perwakilan Komander Kesatria telah mengambil untuk menyertai malam Clubland . Booth komander mempamerkan set lengkap pakaian seragam komander seperti pangkat, beret, Armbadge, tongkat penyukat dan tongkat kent. Booth komander juga mempamerkan carta organisasi, video aktiviti dan beberapa model untuk memperagakan pakaian komander  seperti pakaian All Black, Full Uniform Komander, Baju Polo , Pakaian PO (planters order), pakaian baju melayu komander , dan baju kurung batik. Sepanjang malam Clubland  komander mengedarkan brochure dan meminta pelajar untuk memberi nama dan tandatangan sebagai sokongan kepada komander. Booth Komander Kesatria telah mendapat anugerah booth paling kreatif bagi aktiviti malam clubland pada semester ini.

Rumusan/Huraian Aktiviti :


              Malam Clubland adalah malam bagi memperkenalkan semua kelan dan juga persatuan yang ada didalam UiTM Perlis. Tanpa adanya aktiviti clubland ini pelajar tidak akan mengetahui kewujudan persatuan dan juga kelab yang ada. Dengan adanya Clubland pelajar lebih mengenali Komander Kesatria dan pelajar mendapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai aktiviti besar komander bagi setiap sem seperti aktiviti Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) dan juga Jambori








Tiada ulasan:

Catat Ulasan