Latihan Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) Siri 13/2018 ini berlangsung selama 5 hari bertempat di kampus UiTM Seri Iskandar, Perak daripada 12/2/2018 sehingga 17/2/2018. Perjalanan ke UiTM Seri Iskandar adalah pada 12/2/2018 tepat jam 10 pagi. Penempatan bagi siswa adalah di Kolej Pasir Salak dan siswi di Kolej Indera Sakti.
![]() |
Sebelum bertolak ke UiTM Seri Iskandar |
Pelbagai aktiviti yang diadakan di UiTM Seri Iskandar antaranya adalah Pertandingan Kawad Kaki yang berlangsung pada 14/2/2018 dan Ceramah dan Pameran Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
![]() |
Pemeriksaan Pakaian sebelum pertandingan bermula |
Seterusnya, adalah agenda utama sepanjang berada di UiTM Seri Iskandar ini adalah Perbarisan dan Istiadat Penyerahan Watikah Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018.
![]() |
Selepas Penyerahan Watikah |
![]() |
Selepas Penyerahan Watikah |
Dan yang terakhir sekali adalah Majlis Makan Malam Pentauliahan bagi meraikan komander-komander yang telah ditauliahkan.
![]() |
Majlis Makan Malam Pentauliahan |
Tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada Kapt. (K) Mohamad Najib Bin Ahmad Redzwan, Lt. (K) Azrin Bin Ahmad dan Lt. (K) Ahmad Ashroff Bin Zakaria yang terus memberi sokongan sepanjang Program ini berlangsung. Tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada KRK Nur Izni Amalin Binti Iskandar Kamal sebagai LO kepada UiTM Perlis di atas bantuan yang dihulurkan sepanjang berada di UiTM Seri Iskandar. Dan yang terakhir Tahniah diucapkan untuk semua komander yang telah ditauliahkan.
Komander, gambar pemeriksaan pakaian sebelum pertandingan tu salah. Itu gambar detachment perbarisan. Harap nanti perbetulkan semula.
BalasPadam