Pada 18 Mac 2018 (Ahad) telah berlangsung aktiviti family day di padang Beringin yang telah disertai oleh 78 orang Komander Kesatria UiTM Perlis bagi diploma dan ijazah sarjana muda dan dibahagikan kepada 4 kompeni, Alpha, Bravo, Charlie, dan Delta. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 6.45 pagi dengan berkumpul di master parade dengan berpakaian mengikut warna kompeni masing- masing di kolej masing – masing, bagi siswi di kolej Kesinai 4 manakala siswa di kolej Beringin.
![]() |
Kompeni Bravo |
![]() |
Kompeni Delta |
![]() |
Kompeni Alpha |
![]() |
Kompeni Charlie |
Kemudian, para komander di minta untuk bergerak ke Pusat Islam untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat, komander di minta berbaris di hadapan Pusat Islam untuk melakukan sedikit warming up dan di teruskan lagi dengan larian bermula dari Pusat Islam dan berakhir di kawasan aktiviti iaitu di padang Beringin. Selesainya larian tadi komander di minta untuk berbaris bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Komander Kesatria.
Kemudian, aktiviti diteruskan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Mohamad Ridzuan dari batch 53. Kemudian, aktiviti di teruskan lagi dengan pengenalan kompeni. Setiap kompeni di minta untuk membentangkan bendera, moto, dan juga cheers kompeni. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara Road To Heaven iaitu para komander perlu mengikat sebelah kaki bersama pasangan masing – masing dan berlari sambil membawa bola pingpong menggunakan sudu. Seterusnya, bagi aktiviti lari dalam guni, komander perlu memakai guni dan berlari berganti – ganti sesama ahli kumpulan. Kemudian acara isi air dalam botol komander dikehendaki memenuh kan botol dengan menggunakan kreativiti masing – masing dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, acara teka gaya komander perlu berlari ke checkpoint dan perlu mencari kertas di dalam timbunan tepung tanpa menggunakan tangan. Aktiviti seterusnya buai belon dimana komander perlu membaling belon kepada ahli yang lain dan ahli tersebut perlu menangkap mnggunakan kain batik. Aktivti diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah, tempat pertama disandang oleh kompeni Bravo, tempat kedua kompeni Delta , tempat ketiga kompeni alpha dan tempat ke empat disandang oleh kompeni Charlie. Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar.
![]() |
Leftenan Muda yang turut hadir |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan