Khamis, 10 Mei 2018

Clubland 2018


              Pada 26 dan 27 Mac 2018 Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 telah menganjurkan aktiviti Clubland 2018 (open day) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEP Dr.Ahmad Nizan Bin Mat Noor. Malam Clubland adalah aktiviti wajib bagi setiap sem, antara aktiviti menarik yang diadakan adalah, tarikan kelab-kelab dalaman UiTM, Persembahan menarik dari seni mempertahankan diri dan band, jualan-jualan dari kelab persatuan dan pelbagai permainan menarik disediakan serta pendaftaran ahli baru bagi kelab dan persatuan.

              Majlis Perwakilan Komander Kesatria telah mengambil untuk menyertai malam Clubland . Booth komander mempamerkan set lengkap pakaian seragam komander seperti pangkat, beret, Armbadge, tongkat penyukat dan tongkat kent. Booth komander juga mempamerkan carta organisasi, video aktiviti dan beberapa model untuk memperagakan pakaian komander  seperti pakaian All Black, Full Uniform Komander, Baju Polo , Pakaian PO (planters order), pakaian baju melayu komander , dan baju kurung batik. Sepanjang malam Clubland  komander mengedarkan brochure dan meminta pelajar untuk memberi nama dan tandatangan sebagai sokongan kepada komander. Booth Komander Kesatria telah mendapat anugerah booth paling kreatif bagi aktiviti malam clubland pada semester ini.

Rumusan/Huraian Aktiviti :


              Malam Clubland adalah malam bagi memperkenalkan semua kelan dan juga persatuan yang ada didalam UiTM Perlis. Tanpa adanya aktiviti clubland ini pelajar tidak akan mengetahui kewujudan persatuan dan juga kelab yang ada. Dengan adanya Clubland pelajar lebih mengenali Komander Kesatria dan pelajar mendapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai aktiviti besar komander bagi setiap sem seperti aktiviti Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) dan juga Jambori








Isnin, 7 Mei 2018

Family Day Komander Kesatria 2018


                Pada 18 Mac 2018 (Ahad)  telah berlangsung aktiviti family day di padang Beringin yang telah disertai oleh 78 orang Komander Kesatria UiTM Perlis bagi diploma dan ijazah sarjana muda dan dibahagikan kepada 4 kompeni, Alpha, Bravo, Charlie, dan Delta. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 6.45 pagi dengan berkumpul di master parade dengan berpakaian mengikut warna kompeni masing- masing di kolej masing – masing, bagi siswi di kolej Kesinai 4 manakala siswa di kolej Beringin.
Kompeni Bravo
Kompeni Delta
Kompeni Alpha
Kompeni Charlie

              Kemudian, para komander di minta untuk bergerak ke Pusat Islam untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat, komander di minta berbaris di hadapan Pusat Islam untuk melakukan sedikit warming up dan di teruskan lagi dengan larian bermula dari Pusat Islam dan berakhir di kawasan aktiviti iaitu di padang Beringin. Selesainya larian tadi komander di minta untuk berbaris bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Komander Kesatria.

             Kemudian, aktiviti diteruskan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Mohamad Ridzuan dari batch 53.  Kemudian, aktiviti di teruskan lagi dengan pengenalan kompeni. Setiap kompeni di minta untuk membentangkan bendera, moto, dan juga cheers kompeni. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara Road To Heaven iaitu para komander perlu mengikat sebelah kaki bersama pasangan masing – masing dan berlari sambil membawa bola pingpong menggunakan sudu. Seterusnya, bagi aktiviti lari dalam guni, komander perlu memakai guni dan berlari berganti – ganti sesama ahli kumpulan. Kemudian acara isi air dalam botol komander dikehendaki memenuh kan botol dengan menggunakan kreativiti masing – masing dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, acara teka gaya komander perlu berlari ke checkpoint dan perlu mencari kertas di dalam timbunan tepung tanpa menggunakan tangan. Aktiviti seterusnya buai belon dimana komander perlu membaling belon kepada ahli yang lain dan ahli tersebut perlu menangkap mnggunakan kain batik. Aktivti diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah, tempat pertama disandang oleh kompeni Bravo, tempat kedua kompeni Delta , tempat ketiga kompeni alpha dan tempat ke empat disandang oleh kompeni Charlie. Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar.
Leftenan Muda  yang turut hadir