Rabu, 24 Januari 2018

Dinner Komander

Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Komander

Selesai sudah Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Komander yang bertemakan Garden of Fairytale yang diadakan di Dewan Seri Semarak pada 10/12/2017. Terima kasih diucapkan kepada semua komander yang terlibat secara langsung atau pun tidak secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Gambar diatas terdiri daripada batch-batch yang tinggal di UiTM Perlis iaitu batch 48, 49, 50, 51 & 52. 

Kem Bina Negara 4 & 5

Kem Bina Negara 4 & 5
Kem pemantapan ini diadakan sekitar UiTM Perlis. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 3 hari iaitu dari 1/12/2017 sehingga 3/12/2017. Antara aktiviti  Commander Race, War Game, Malam Perbahasan, Tunnel Activity, Bonding Game dan persembahan berkumpulan. 

Aktiviti- aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif tersendiri iaitu dalam menguji semangat berpasukan, kekuatan mental dan fizikal setiap individu. Dan daripada aktiviti- aktiviti ini juga, semua komander memberikan kerjasama yang baik antara ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai batch.